Influenza B (kisah sethn yg lalu)

Kisah yg dah berlaku sethn yg lalu, Mac 2012, ms tu makin sarat dah 6 bulan. Sudah 2 hari berulang KPJ Perda,BM, encik kanda masuk wad lagi. Sejak hari Isnin, demam tetiba, suhu badan naik mendadak, sehingga 39'C. Hari Selasa cikkanda tak larat nak bangun untuk pergi kerja. Maka dengan tenang hati pagi Rabu, sy membawa kanda sy untuk pemeriksaan darah. Baiklah ada kad hosp panel kilang, bulehlah cepat tau resultnya. Udah begitu rupa demam makin panas, pegang tangan pun panas. Kenalah masuk wad, idak kena bayor...hoho...mana nak cekau duit time2 ni..kekeke...

Kenapa sy perlu kanda sy masuk wad;
1. lagi senang ada orang jg nurse & doktor
2. kesian kat saya sebab kalau demam kat rumah, sy lagi kelam kabut
3. kanda sy memang manja..hehe.... nnti kn layan kalah anak2.
4. sy ibu yg bekerja, mana dengan anak2, mana dengan kanda.

...hehehe sorry yerk kanda, bukan nak lepas tangan.....cuma tgk situasi...

pergh sempat juga dgr result dr doktor, "awak terkena jangkitan Influenza B, kurang bahaya dari Influenza A" itulah kata-kata Dr Chan.
......! hah! *terus dalam hati berkata2..bahaya mana virus tu yerk? ....

Informasi Virus Influenza;
virus influenza boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu A, B dan C. Ketiga-tiganya boleh menjangkiti manusia dan menyebabkan penyakit. Mengikut turutan, virus influenza A paling berbahaya kerana boleh menjangkiti haiwan dan manusia (seperti virus H5N1). Ini kerana virus influenza A boleh menjalani mutasi (perubahan genetik) dan menghasilkan jenis baru yang lebih berdaya tahan dan berbahaya.

Ada juga virus influenza yang merebak di kalangan manusia seperti H1N1, H1N2 dan H3N2 yang dipanggil virus influeza manusia. Ia diikuti virus influenza B yang hanya menjangkiti manusia dan menyebabkan wabak epidemik (dalam negara berkenaan saja), manakala jangkitan virus C tidak perlu dibimbangi kerana cuma mencetuskan masalah kesihatan ringan.

Selesema burung yang berlaku sekarang disebabkan jangkitan virus influenza A, H5N1. Secara semulajadi, virus ini hanya wujud dalam kelompok unggas dan disebarkan ke seluruh dunia melalui proses penghijrahan burung liar.

Tanda jangkitan virus ini termasuk:

1. Demam (melebihi 38º Celcius)
2. Batuk
3. Sakit tekak
4. Sakit otot
5. Jangkitan mata
6. Jangkitan pada saluran pernafasan menyebabkan pesakit susah bernafas
7. Suara menjadi serak
8. Nafas menjadi kasar
9. Berkahak (ada sesetengah kes kahak berdarah)
10. Hingus berdarah (kes dikesan di Turki)
11. Pneumonia (keradangan paru-paru)
12. Cirit-birit

lala... memang dugaan betul ni, mudah2an kanda cepat sembuh !! huhu.... yg paling nyata....sy dan family kenalah tarik diri Family Day JMTI ke Cameron Highland tu......dalam hati ni masih risau, sebabnya anak yg bongsu Iqbal Zarif masih ada simptom demam macam ayah dia. Sy dah rasa bersalah ni sebab tunda nak bawak iqbal check darah. Harap-harap tak ada yg memudaratkan? errrkkk harap gitu je ker?? arrrghhh....... *nak bawak jugaklah Iqbal......risau risau nih...adoyai......
 
Tunda punyer tunda...alKisah...sudahnya mmg Iqbal kn juga jangkitan....umairah pun sm... syukur kakak bebas dr virus tu. Aku? hakikatnya mmg dah ada tanda2 kn jangitan virus tu, cuma doktor kt...kn bertahan sbb ubat/doa yg ada tak sesuai untuk ibu mengandung... Bila pikir2..mmg Allah makbulkan doa hambaNya ini, risau pd baby dalam kandungan....risau klu jd apa2 kat ibu.... amennn....
 
Meh tatap wajah2 suka anak2 warded ;
 




 

Inilah nmnya anak2, ibu punyer risau, buleh le lenting2 sukak duduk ward...mcm2.... hehe. Apa pun syukur sangat sebab sebulan lepas tu bebas dr semua virus.

No comments:

Post a Comment