PRU13 >> marilah mari kita MENGUNDI....

marilah mari kita MENGUNDI... ,
jangan lupa kewajipan,
pada negara....

hehe... haishh... xsbr nak balik mengundi!! cewahhh... giteww... hr ni Jumaat, 3 mei 2013, mmg le dtg kerja... haha... minda rs mcm tgh pangkah kertas undi !! haha... g kerja pg td pun lengangs ket drpd biasa. smpi opis kebetulan pulak ada kerja yg memerlukan 'calling' ke institut laen.... nmpak sgt lengang, ramai yg xada, mesti dah cotii...

dah kul 11.45 pg, awal2 boss dah tya, 'aik kt nak balik kg mengundi'..maka terusle jwb; 'sy balik awal bule, tpg ni xmasuk.... boss senyum jerk..mudah2an ok....

sempatg ak ni check result student yg nak grad, check hutang...ngeh3... duit owh duit, print siap2, kang mgu depan kira duit, hehe....

tp kan google punye goole, 2 pic ni berkenan betul dihati;

best warna warni kann??

kannnn meriahhhhh !!


apa pon.... SELAMAT NENGUNDI semua warga malaysia!!

baby 'ara ira' dah 10 bulan ++


Wahhh, sedar tak sedar dah 10 bulan dah baby kecik ni. keke.... Alhamdulillah...  dah makin besor, w'pon zaria insyirah ibu ni mmg kecik gitu... makan banyak, minum byk. cuma hujung minggu br ni jek kurang makan...byk menyusu jer. rsnya ulser sbb br malam td br nampak, br ibu nak suluh.... huhu

Lahir pada tanggal 20 jun 2012, dgn mcm2 kisah suka duka, lawak ada...paling tak bule lupe bila teringat Dr. Hafiz kat KKBTM...wakaka....
Dr. ; "puan, puan nak sy buat apa? puan expect sy buat apa dgn tindakan puan tak pegi appoinmt hosp BM hr ni? , cakap puan" .... hehe...aku masih mampu senyum w'pon aku tau Dr. tu sbr dgn kerenah ibu mengandung mcm aku.... aku pon jwb le ;
"Dr, sy nak ke hosp kulim, esok sy bule pergi sendiri....
Dr. ; "hah? kulim? hosp kulim? puan, tu bukan melangkau daerah, melangkau negeri terus puannn"
"Sy nak juga ke hosp kulim........
Dr.; "puan bg sy alasan knp nak ke hosp kulim"
"Sy lebih senang hosp kulim sblm ni pun 3 kali sy besalin kat sn, lgpun hsbn sy kerja kat kulim Hi-Tech, sng untuk sy...... (nada yg tetap mengharap)
Dr. ; "sy tak ada no hosp kulim ni puan"....
(dlm ht aku: elehhh mcm le tak bule suruh telefonis KKBTM ni tipon...haha sdgkan ms tu dah 5.30 ptg).... lalala...... tunggu punye tgu, last2 Dr. hafiz tu tipon gak hosp kulim inform pasal kes aku... syukurrr..... mmg berkali2 aku ucap "terima kasih" kat Dr. tu...w'pon muke dia dah ketat.

ni ms sy 4 bulan

ni ms sy 8 bulan
 
 
3 pic ni , semua gambar br saya.... sy dah besyarrr



sy dgn abang sy yg encemmmm


saya dah besyarrrrrr ; hahaha

Influenza B (kisah sethn yg lalu)

Kisah yg dah berlaku sethn yg lalu, Mac 2012, ms tu makin sarat dah 6 bulan. Sudah 2 hari berulang KPJ Perda,BM, encik kanda masuk wad lagi. Sejak hari Isnin, demam tetiba, suhu badan naik mendadak, sehingga 39'C. Hari Selasa cikkanda tak larat nak bangun untuk pergi kerja. Maka dengan tenang hati pagi Rabu, sy membawa kanda sy untuk pemeriksaan darah. Baiklah ada kad hosp panel kilang, bulehlah cepat tau resultnya. Udah begitu rupa demam makin panas, pegang tangan pun panas. Kenalah masuk wad, idak kena bayor...hoho...mana nak cekau duit time2 ni..kekeke...

Kenapa sy perlu kanda sy masuk wad;
1. lagi senang ada orang jg nurse & doktor
2. kesian kat saya sebab kalau demam kat rumah, sy lagi kelam kabut
3. kanda sy memang manja..hehe.... nnti kn layan kalah anak2.
4. sy ibu yg bekerja, mana dengan anak2, mana dengan kanda.

...hehehe sorry yerk kanda, bukan nak lepas tangan.....cuma tgk situasi...

pergh sempat juga dgr result dr doktor, "awak terkena jangkitan Influenza B, kurang bahaya dari Influenza A" itulah kata-kata Dr Chan.
......! hah! *terus dalam hati berkata2..bahaya mana virus tu yerk? ....

Informasi Virus Influenza;
virus influenza boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu A, B dan C. Ketiga-tiganya boleh menjangkiti manusia dan menyebabkan penyakit. Mengikut turutan, virus influenza A paling berbahaya kerana boleh menjangkiti haiwan dan manusia (seperti virus H5N1). Ini kerana virus influenza A boleh menjalani mutasi (perubahan genetik) dan menghasilkan jenis baru yang lebih berdaya tahan dan berbahaya.

Ada juga virus influenza yang merebak di kalangan manusia seperti H1N1, H1N2 dan H3N2 yang dipanggil virus influeza manusia. Ia diikuti virus influenza B yang hanya menjangkiti manusia dan menyebabkan wabak epidemik (dalam negara berkenaan saja), manakala jangkitan virus C tidak perlu dibimbangi kerana cuma mencetuskan masalah kesihatan ringan.

Selesema burung yang berlaku sekarang disebabkan jangkitan virus influenza A, H5N1. Secara semulajadi, virus ini hanya wujud dalam kelompok unggas dan disebarkan ke seluruh dunia melalui proses penghijrahan burung liar.

Tanda jangkitan virus ini termasuk:

1. Demam (melebihi 38ยบ Celcius)
2. Batuk
3. Sakit tekak
4. Sakit otot
5. Jangkitan mata
6. Jangkitan pada saluran pernafasan menyebabkan pesakit susah bernafas
7. Suara menjadi serak
8. Nafas menjadi kasar
9. Berkahak (ada sesetengah kes kahak berdarah)
10. Hingus berdarah (kes dikesan di Turki)
11. Pneumonia (keradangan paru-paru)
12. Cirit-birit

lala... memang dugaan betul ni, mudah2an kanda cepat sembuh !! huhu.... yg paling nyata....sy dan family kenalah tarik diri Family Day JMTI ke Cameron Highland tu......dalam hati ni masih risau, sebabnya anak yg bongsu Iqbal Zarif masih ada simptom demam macam ayah dia. Sy dah rasa bersalah ni sebab tunda nak bawak iqbal check darah. Harap-harap tak ada yg memudaratkan? errrkkk harap gitu je ker?? arrrghhh....... *nak bawak jugaklah Iqbal......risau risau nih...adoyai......
 
Tunda punyer tunda...alKisah...sudahnya mmg Iqbal kn juga jangkitan....umairah pun sm... syukur kakak bebas dr virus tu. Aku? hakikatnya mmg dah ada tanda2 kn jangitan virus tu, cuma doktor kt...kn bertahan sbb ubat/doa yg ada tak sesuai untuk ibu mengandung... Bila pikir2..mmg Allah makbulkan doa hambaNya ini, risau pd baby dalam kandungan....risau klu jd apa2 kat ibu.... amennn....
 
Meh tatap wajah2 suka anak2 warded ;
 




 

Inilah nmnya anak2, ibu punyer risau, buleh le lenting2 sukak duduk ward...mcm2.... hehe. Apa pun syukur sangat sebab sebulan lepas tu bebas dr semua virus.

Mee Keras a.k.a Mee Sipot


Mari lihat entry kali ni. saya memang suke makan! Apa yg saya ingat blog sblm ni pun ada2 yg pasal makan, termasuk menu makan untuk berpantang. cmana ni nak remind semua balik aduss... mmg kn buka file lama, kn masak balik, kn tanya sesiapa yg terror resepi menu yg sy suka, kn betul2 dgn kesungguhan ni.


inilah Mee Keras

 
Memang betullah agaknya ni 'kuat makan' ! belum apa-apa entry dah pasal makan. Tak ada apa pun yg best sangat, cuma nak share makanan sy sy suke makan, and biasanya sy suke masak apa yg saya suka Makan! bukan sy rsnya yg mcm tu, org lain gitu jugak kot.... buleh le tambah, yg family...termasuk suami & anak2 suke masak memang best lah kalau masak. Kena pulak lepas masak, panas2 tu hidang ..pergh.....

 
Mee Keras ?

Mee Keras ni makanan orang Johor, sebab sy memang asal Negeri Selatan tanah air tu...Johor Darul Ta'azim. Sy mula diperkenalkan dgn mee keras sejak kecik, zaman sekolah rendah ; 80's. Sehinggalah sekarang, duduk merantau, yg pastinyaa stok mee keras ada dalam gerobok makanan. Kalau kat area sy dulu, kami memang panggil 'mee keras' ada jugak yg panggil 'mee siput'... Mee kuning yg dikeringkan, berbentuk bulat. Goreng dahulu sebelum boleh dimakan...lawannya pulak sambal tumis ikan bilis.....hohoh...memang hooliawwww !!! haha.....

Zaman sekolah dulu, masa makan adalah waktu perantaraan dr sekolah kebangsaan ke sekolah agama. Makcik yg jual tu bubuh mee keras dalam plastik siap ngan sambalnya. Cara nak makan hancur2 mee keras tu gn tangan...pastu tolak gn jari....haha...siaplah mesti jatuh kat tudong yg kaler putih tu!!! ngeee.......bestnye kenangan tersebut......

Sy sampai sekarang suke mee keras ni, cuma masa nak buat sambal jerk yg agak kurang rajin. Habis kwn2 sy kat utara ni sy promote, hatta ke student sy yg dtg beraya pun sy pernah promote....hehe......Itulah Mee Keras!!

## blog lagi ?


ASSALAMUALAIKUM... wbkt....


..1 st posting..buleh gitu? and this is my 3rd blog OK! ..harap2 nile yg akan kekal lama untuk aku update selalu. yg 2 sblm ni? setelah yg lama itu telah sekian lm xlogin... haha terus lupe semua nyer...sayang betullah... !! kali ni rs berkobar-kobar nak buat blog balik ni...cewah...(boleh percaya)..

kenapa nak buat blog balik?;
a. sebab dah lupe nak login blog lama
b. sebab nak 'remind' balik memori
c. sebab suka nak mengisahkan hidup sendiri (terbatas)
d. sebab blog lama ada 'makhluk' menyibuk (berambus)
e. semua DI ATAS.....

nak mulakan dengan celoteh apa ni hah? dah mcm blur... tapi idea banyak sebenarnya ni. dalam minda tetap teringat blog lama yg dah banyak pasal MAKAN, MAKAN..resepi bagai...sayang sayang.

try masukkan imej pulaklah...tapi...nak bubuh gambar apa? sy kn sorokkan identiti saya buat sementara waktu sebab....sy ...sebab saya pemalu...harrr harrr harrrr... haishhh nak masukkan imej apa neihh? **cari punyer cari... pic ni udahnye jd pilihan... hehe

me & insyirah Feb2013 at gunong jerai

 
wassalam......